Thursday, December 30, 2010

Hobi Saya

Salam,

setiap manusia ada hobi. saya juga ada hobi, hobi saya ialah bermain badminton. saya suka bermain badminton kerana abah saya bermain badminton setiap malam dalam 3 minggu sekali. abah saya ajar bermain badminton setiap petang sebab itu saya suka bermain badminton.

saya pernah mewalkili rumah sukan untuk permainan campuran, saya telah memdapat tempat pertama. saya menerime hamper. dalam hamper ada air kotak, super ring dan biskut. saya sangat gembira dan akan lebih yakin untuk bermain mewakili sekolah.

Wednesday, December 29, 2010

Dah nak sekolah.

Salam,
hari ini, kakak saya telah tolong saya membayar yuran sekolah. kakak saya bagi tahu, guru kelas saya cikgu lelaki tapi kakak saya terlupa namanya. saya juga telah membeli baju sekolah di pasaraya Kamdar. masa beli baju sekolah dan kasut sekolah saya, Kamdar telah memberi air tin percuma kerana pakaian sekolah saya melebihi RM50.

saya pergi ke sekolah dengan berjalan kaki kerana sekolah saya dekat dengan rumah saya. Di sekolah, saya mempunyai ramai kawan. kawan-kawan saya semuanya nakal. mereka suka buat bising dalam kelas saya. saya tidak suka kerana nanti pekak telinga saya.

Budak baru nak Belajar!!!

Salam,

saya baru dalam dunia blog. minta tunjuk ajar dari anda semua. hurmm, saya peminat After School. sebab tu header saya gambar mereka. saya budak lagi, saya budak sekolah rendah. saya buat blog sebab saya nak belajar taip cepat.