Wednesday, December 29, 2010

Dah nak sekolah.

Salam,
hari ini, kakak saya telah tolong saya membayar yuran sekolah. kakak saya bagi tahu, guru kelas saya cikgu lelaki tapi kakak saya terlupa namanya. saya juga telah membeli baju sekolah di pasaraya Kamdar. masa beli baju sekolah dan kasut sekolah saya, Kamdar telah memberi air tin percuma kerana pakaian sekolah saya melebihi RM50.

saya pergi ke sekolah dengan berjalan kaki kerana sekolah saya dekat dengan rumah saya. Di sekolah, saya mempunyai ramai kawan. kawan-kawan saya semuanya nakal. mereka suka buat bising dalam kelas saya. saya tidak suka kerana nanti pekak telinga saya.

No comments: